Puas miliki pelita 154 tahun
Iklan
Anuar menunjukkan pelita buatan England berusia 154 tahun.
PASIR PUTEH - Pengumpul barang antik dari Cherang Ruku di sini, puas apabila berjaya melengkapkan koleksi pelita lama dengan penemuan pelita berusia 154 tahun.
Anuar Salleh, 40, berkata, dia yang mengumpul pelbagai jenis pelita sejak awal 90-an lagi berasakan seperti di kemuncak pengumpulan bahan itu apabila menemui pelita buatan England tahun 1864.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pelita yang tertulis The Jolly Tar pernah digunakan di kapal milik ikon maritim Britain, Jack Tar.
"Saya difahamkan Jack Tar ini kapten kapal Tentera Laut Diraja yang hebat dalam abad ke-18, pelita ini sebagai bukti kemasyhurannya.
Iklan
"Saya memiliki pelbagai jenis pelita dan pelita The Jolly Tar ini seperti kemuncaknya kerana ia terlalu istimewa, unik dan terlalu sukar untuk diperoleh,” katanya.
Anuar berkata, pelita yang ditemui tertanam di tebing sungai di Semerak ketika dia sedang mencari barangan logam, sebulan lalu itu tertera jenama dan tahun ia dipatenkan.
Iklan
"Saya tidak berhasrat untuk menjualnya walaupun ada yang menawarkan harga tinggi, saya anggap ia sebagai antara barang antik paling tinggi nilainya dalam koleksi peribadi saya,” katanya.
Selain pelita tersebut, Anuar turut memiliki berpuluh jenis pelita lama termasuk pelita Melayu, pelita nyonya, pelita mini dan pelita tanah liat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung"><meta itemprop="description" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Perarakan #Jentolak #PasirMas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T06:48:40.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P131S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2njc6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2njc6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2njc6"></script>