Pergaduhan kuil: Tiga lagi suspek ditahan polis

Iklan
Gambar kecil: Md Asri

KUALA SELANGOR - Polis menahan tiga lagi individu terlibat dalam pergaduhan bersenjata dua kumpulan di lorong masuk sebuah kuil di Kampung Sungai Darah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, ketiga-tiga suspek lelaki itu ditahan di dua lokasi berasingan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis menahan seorang suspek dipercayai melarikan diri ke Nilai, Negeri Sembilan.

"Suspek terbabit ditahan di hadapan sebuah rumah di Nilai manakala dua lagi suspek ditahan di sebuah rumah di Bestari Jaya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Katanya, penahanan tiga suspek itu susulan daripada penangkapan 28 suspek selain rampasan lima bilah parang.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang anggota polis menerima enam jahitan selepas ditetak ketika cuba meleraikan pergaduhan dalam satu upacara keagamaan di lorong jalan masuk sebuah kuil di Sungai Darah di sini malam kelmarin.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam, seorang orang awam turut dilaporkan putus sebahagian tapak tangan kiri akibat ditetak dengan parang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata pergaduhan itu tercetus ketika perarakan Chariot (pedati berhias) sedang berlangsung sebelum dua kumpulan bertengkar mengenai pemasangan khemah.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis cedera, orang awam putus tapak tangan rusuhan di kuil