Dua lelaki cuba seludup keluar petrol ditahan
Iklan
SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki Pala'u ketika cuba menyeludup keluar kira-kira 400 liter minyak petrol menggunakan bot, dipercayai ke negara jiran melalui kawasan laut Ambo Ambo, dekat sini semalam.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, dua lelaki berumur 35 dan 25 tahun itu ditahan pada 6.30 petang, selepas perahu mereka dikesan dalam keadaan mencurigakan.