TNG Digital lantik Ignatius Ong sebagai CEO
Iklan
Ignatius Ong
TNG Digital Sdn Bhd, usaha sama antara Touch ‘n Go Sdn Bhd dan Ant Financial Group, telah melantik Ignatius Ong sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) yang baharu, berkuat kuasa 12 Ogos, 2019.
Ignatius menggantikan Syahrunizam Samsudin yang kembali semula ke jawatannya sebagai CEO Touch ‘n Go.
Iklan
Iklan
"Kami sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan Ignatius menyertai syarikat yang boleh dikatakan berkembang paling pantas di Malaysia.
"Beliau berpengalaman luas untuk mengisi jawatan itu, dan dengan mandat kukuh untuk memacu pertumbuhan TNG Digital yang berusaha untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai penggiat No.1 e-wallet di negara ini, secara langsung menyokong agenda tanpa tunai negara,” kata Pengerusi TNG Digital Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dalam kenyataan hari ini.
Iklan
TNG Digital sedang mewujudkan ekosistem tanpa tunai No.1 di Malaysia, bagi memenuhi keperluan masyarakat digital yang sentiasa berubah menerusi platform pembayaran gaya hidup tanpa batasan iaitu Touch ‘n Go eWallet.
Sebagai veteran syarikat penerbangan selama 15 tahun, Ignatius menyertai TNG Digital dengan jawatan paling terkini sebelum ini sebagai ketua pegawai perolehan kumpulan Malaysia Airlines dan sebelum itu sebagai CEO syarikat penerbangan tambang rendah Firefly dari 2011 hingga 2018.
Iklan
Tanggungjawab beliau sebelum ini di kedua-dua syarikat penerbangan meliputi pelbagai bidang bagi pertumbuhan, perolehan dan pengurusan organisasi. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>