Ahmad Zahid serah kepada Lembaga Disiplin UMNO

Iklan
Ahmad Zahid sempat melayan permintaan seorang perwakilan wanita untuk berswafoto sebelum mesyuarat bermula.

BAGAN DATUK - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk mengambil tindakan kepada ahli parti yang melanggar disiplin.

Beliau berkata, tindakan tersebut bukan sahaja terhadap individu tertentu sebaliknya kepada mana-mana pemimpin di semua peringkat.

Iklan
Iklan

"Kita ada Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk membuat penyelidikan bukan hanya berdasarkan kepada laporan.

"Jika ada kenyataan bukan sahaja individu dalam kalangan pemimpin UMNO tetapi individu di semua peringkat," katanya kepada pemberita selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana UMNO Bagan Datuk, Sungai Sumun, di sini hari ini.

Iklan

Perasmian tersebut disempurnakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang turut dihadiri Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah; Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan pemimpin UMNO di peringkat pusat dan negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencenkan 'barua' dalam UMNO: Ku Li

Iklan

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai mengulas gesaan Tengku Razaleigh supaya tindakan disiplin dikenakan terhadap mana-mana pemimpin yang tidak lagi sehaluan dengan parti.

Selain itu, Tengku Razaleigh turut menggesa pemimpin yang tidak boleh lagi berkhidmat dengan parti dipencenkan.