Tiada 'Ghost Smoke' di Terengganu
Iklan
Penguatkuasa KPDNHEP Terengganu memeriksa premis bagi mengesan penjualan gula-gula 'Ghost Smoke'. -Foto KPDNHEP
KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu mendapati tiada premis runcit dan borong yang menjual gula-gula 'Ghost Smoke' di negeri ini.
Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, keputusan itu hasil pemeriksaan dilakukan 110 anggota penguatkuasa KPDNHEP bersama pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sejak 23 Julai lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dalam tempoh itu sebanyak 206 premis perniagaan di seluruh negeri diperiksa dengan tumpuan diberikan terhadap premis runcit sekitar kawasan sekolah dan taman perumahan serta pemborong makanan tersedia bungkus.
"Sebelum ini kita ada menerima maklumat daripada orang ramai tetapi hasil pemeriksaan mendapati produk berkenaan sudah lama tidak dijual oleh peruncit kerana tiada bekalan yang mencukupi.
Iklan
"Kebanyakan peruncit di negeri ini mengambil inisiatif sendiri tidak menjual produk ini kerana ia boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan sahsiah pelajar sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, walaupun tiada kes direkodkan, KPDNHEP akan terus menjalankan pemeriksaan dari masa ke masa bagi memastikan gula-gula 'Ghost Smoke' tidak dijual terutama kepada murid sekolah.
Iklan
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai segera membuat laporan tentang penjualan gula-gula berbahaya itu kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat supaya tindakan segera dapat diambil.
"Sebarang maklumat atau aduan boleh disalurkan melalui Talian Bebas Tol 1-800-886-800, aplikasi WhatsApp 019-279 4317, secara atas talian http://eaduan.kpdnhep.gov.my, SMS aduan ke 15888 dengan menaip KPDNHEP ADUAN atau media sosial Twitter dan Facebook KPDNHEP,” katanya.
Sementara itu, Saharuddin turut memaklumkan bahawa KPDNHEP Terengganu telah melakukan 32,358 pemeriksaan melibatkan semua akta di seluruh negeri sepanjang tahun ini.
Daripada jumlah pemeriksaan itu, sebanyak 439 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan berjumlah RM1.8 juta dan kompaun sebanyak RM62,500.
"Bagi hukuman denda oleh mahkamah pula, sebanyak 32 kes telah disabit kesalahan dan dikenakan denda berjumlah RM274,300 bagi keseluruhan kes di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>