Ambil masa lebih 24 jam padam kebakaran
Iklan
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di kilang memproses isi tilam yang terbakar sejak petang semalam.
SEGAMAT- Pihak bomba terpaksa mengambil masa lebih 24 jam bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran di sebuah kilang memproses fiber yang terbakar sejak petang semalam.
Penguasa Kanan Bomba II, Emil Taihin berkata, aktiviti pemadaman mengambil masa panjang berikutan nyalaan api di hampas sawit yang masih belum selesai.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sehingga jam 2 petang ini, baki kebakaran masih mencecah 20 peratus membabitkan timbunan hampas sawit yang digunakan untuk memproses isi tilam.
"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat menerima panggilan kecemasan pada jam 2.38 petang semalam berhubung kebakaran dua buah blok di kilang Biovision & Greenergy Sdn Bhd di Industri 2, Pelabuhan Darat.
Iklan
"Berdasarkan keterangan awal dari pengusaha kilang, kebakaran dipercayai berpunca daripada longgokan hampas sawit di pekarangan kilang itu," katanya.
Iklan
Emil yang juga Ketua Zon 4 Johor dan komander operasi berkata, kilang memproses tandan sawit untuk membuat fiber itu telah beroperasi sejak 2016.
"Siasatan awal mendapati, faktor cuaca panas pada petang semalam menyebabkan kebakaran spontan berlaku di timbunan hampas.
"Api kemudiannya merebak ke dua buah blok gudang berstruktur kekal berukuran 700 kaki x 800 kaki hingga memusnahkan 70 peratus bangunan itu,” katanya.
Beliau berkata, seramai 51 pegawai dan anggota bersama sembilan jentera membabitkan jenis LFRT, tanker dan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kita turut dapatkan bantuan dari tiga buah balai berhampiran iaitu BBP Labis, BBP Segamat dan BBP Bukit Gambir. Beberapa ketua balai juga hadir bagi membantu operasi ini iaitu Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail (BBP Bandar Baru Segamat); Penolong Penguasa Bomba Mohd Farizan Mokhtar (BBP Labis) dan Penolong Penguasa Bomba Hazim Abdul Razak (BBP Segamat).
"Kebakaran setakat ini berjaya dikawal, namun nyalaan api di timbunan hampas sawit masih belum benar-benar selesai,” katanya.
Api marak di kilang memproses isi tilam dipercayai berpunca daripada nyalaan api di timbunan hampas sawit.
Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>