Pemilik tanah digesa tampil
Iklan
Nik Muhammad Faiz menunjukkan senarai nama, pengenalan diri pemilik serta perihal tanah yang mempunyai tunggakan hasil RM1,000 ke atas.
JELI - Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli menggesa pemilik tanah di daerah ini untuk tampil dan menjelaskan tunggakan cukai tanah mereka dengan segera.
Penolong Ketua Jajahan, Nik Muhammad Faiz Nik Muhammad Hanif berkata, mereka terdiri daripada 482 pemilik tanah di daerah ini yang mempunyai tunggakan RM1,000 dan ke atas.
"Tempoh enam bulan bermula 15 November lalu diberikan kepada pemilik tanah untuk menyelesaikan tunggakan masing-masing.
"Kita harap pemilik tanah terlibat dapat tampil dengan segera bagi menyelesaikan tunggakan mereka sebelum tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara dikenakan,” katanya kepada Sinar Harian.
Nik Muhammad Faiz berkata, senarai nama dan maklumat terperinci mengenai perihal tanah terlibat juga telah disiarkan melalui pemberitahuan di Sinar Harian pada 15 November lalu sebagai peringatan kepada pihak berkenaan.
"Jika pemilik asal sudah tiada, mungkin anak atau waris boleh tampil dan menyelesaikan tunggakan tersebut bagi pihak pemilik,” katanya.
Beliau berkata, bayaran boleh dibuat secara atas talian atau di mana-mana Pejabat Tanah dan Jajahan di seluruh negeri ini.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli di talian 09-9440063 atau 09-9440064.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>