Zahid yakin 'tsunami' politik baharu pada PRU15

Iklan
Ahmad Zahid Hamidi
BEAUFORT - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan keyakinan bahawa bakal berlaku 'tsunami' politik baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan menyaksikan parti pemerintah pada hari ini ditolak rakyat.

Beliau berkata, rakyat kini telah tertipu dengan janji manis Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja dengan Manifesto di peringkat Pusat malah di negeri seperti Sabah.

"Mana pelaksanaan janji dalam manifesto mereka. Mana janji mahu berikan 20 peratus royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak. Mana bantuan sara hidup yang dahulunya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1IM) yang dikatakan sebagai dedak, mana peruntukan kepada petani, mana janji mahu menghapuskan pinjaman Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN).

"Rakyat telah sedar dan ia bukan hasil daripada hasutan UMNO. Jika sebelum ini mereka telah menghasut rakyat menjatuhkan UMNO dan BN tetapi 'tsunami' kali ini wujud daripada rasa tidak puas hati rakyat yang telah ditipu," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Beaufort di sini hari ini.