Ringgit ditutup rendah, tumpuan pada mesyuarat FOMC
Iklan
Gambar hiasan
RINGGIT ditutup rendah hari ini berikutan pelabur sedang memantau mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (AS) (FOMC) yang dijadual bermula pada 30 Julai.
Pada 6 petang, ringgit berada pada paras 4.1230/1270 berbanding 4.1180/1210 semasa ditutup pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Seorang peniaga berkata pelabur sedang menunggu keputusan anggota FOMC bagi melihat sekiranya kadar faedah akan dikurangkan sehingga 25 mata asas seperti yang dijangka secara meluas oleh pasaran.
"Selain dari itu, peserta pasaran juga mengawasi laporan penyata gaji AS pada Julai, yang dijadualkan dikeluarkan pada Jumaat, melihat sama ada pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan diperlukan,” katanya.
Iklan
Beliau menambah penyambungan semula rundingan AS-China di Beijing pada minggu ini juga mendorong para pelabur kekal tidak memasuki pasaran hari ini.
Pada penutupan, ringgit bagaimanapun diniagakan tinggi berbanding mata wang utama, kecuali yen.
Iklan
Ia sedikit tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.0062/0096 daripada 3.0091/0118 Jumaat lepas, meningkat berbanding pound kepada 5.0849/0915 daripada 5.1211/1265 dan bertambah berbanding euro kepada 4.5860/5913 daripada 4.5879/5920.
Berbanding yen, unit tempatan susut kepada 3.7951/7995 daripada 3.7905/7936 sebelumnya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>