Kelantan perlu inisiatif tambahan atasi masalah jenayah

Iklan
Sayuti

KOTA BHARU - Kerajaan negeri perlu menyediakan inisiatif tambahan untuk mengatasi masalah jenayah secara terbuka yang sering kali berlaku di negeri ini sejak kebelakangan ini.

Pemerhati politik, Mohd Sayuti Omar berkata, penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) amat penting dalam mencegah kes-kes daripada berlaku selepas ini.

Iklan
Iklan

"Setiap jenayah mesti ada modus operandi sendiri. Walaupun tiada motif yang jelas, namun penggunaan CCTV sekurang-kurangnya membantu pihak berkuasa terutamanya polis mengesan pelaku.

"Kita tidak boleh ambil mudah perkara seperti ini, tambahan lagi kita bersempadan dengan negara jiran. Kita tidak mahu jenayah yang lebih teruk berlaku di Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Iklan

Beliau mengulas mengenai kejadian jenayah menimpa Timbalan Pengerusi Veteran UMNO negeri, Datuk Kamarudin Abdullah yang cedera parah ditetak dan dikelar dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Jalan Tengku Chik, kira-kira 7.45 malam kelmarin.

Menurutnya, jenayah di kedai kopi, restoran dan sebagainya disifatkan dilakukan pelaku yang ganas kerana berlaku di kawasan terbuka dan terdedah kepada orang ramai.

Iklan

Beliau berkata, selain mempunyai motif peribadi, kebanyakan jenayah seperti itu berpunca akibat desakan kewangan penagih dadah dan sebagainya.

"Bukan mudah untuk cegah penagih dadah lakukan jenayah, namun kita sendiri pun tidak lihat apa yang kerajaan lakukan bagi mengatasi masalah tersebut.

"Jangan hanya ‘Islamkan’ Kelantan tapi rakyatnya juga perlu dibersihkan juga. Cegah mungkin boleh tapi nak ubati mereka yang sudah terjebak itu bagaimana.

"Tidak salah rasanya jika buat perbincangan dengan mereka yang lebih arif untuk dapatkan gambaran lebih jelas bagaimana untuk kita kurangkan kadar jenayah di negeri ini,” katanya.

Mengulas lanjut Sayuti berkata, jenayah kejam yang menimpa Kamaruddin itu perlu dielakkan, apatah lagi ia berlaku di negeri yang dianggap serambi Makkah, sekali gus boleh menjatuhkan imej Kelantan.

"Jangan jadikan peristiwa semalam kes terpencil atau sesuatu yang biasa berlaku di Kelantan, polis hendaklah mengenal pasti motif kejadian itu dan berkas pelakunya dengan segera," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Veteran UMNO Kelantan cedera dikelar, ditetak