49 ahli Pas sertai Amanah
Iklan
Asmuni (kiri) menerima 49 borang keahlian baharu daripada Raja Rozlan (tengah) pada Majlis Perasmian Amanah Cawangan Kampung Kota di Beruas hari ini.
BERUAS - Seramai 49 ahli Pas memilih menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) selepas kecewa dengan jalinan kerjasama yang dibuat bersama UMNO sekali gus mewujudkan cawangan baharu di Zon Beruas.
Salah seorang ahli, Raja Rozlan Raja Yaacob berkata, keputusan itu diambil selepas perjuangan parti itu yang mula tersasar dari landasan asal ketika di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Iklan
Iklan
"Kami mula tenggelam dan melihat Amanah yang dapat selamatkan kami.
"Apabila mereka mahu bergabung dengan UMNO, perjuangan asal dilihat sudah tersasar,” katanya yang mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi sekali gus merasmikan cawangan pertama Amanah Zon Beruas di Kampung Kota di sini hari ini.
Iklan
Sementara itu, Asmuni berkata, penubuhan cawangan baharu itu menjadi lonjakan baharu sokongan terhadap parti.
Katanya lagi, sebelum ini kita ada cawangan di Ayer Tawar dan Pengkalan Baharu dan ini (Kampung Kota) merupakan cawangan ke-10.
Iklan
"Dengan adanya cawangan baharu ini, ia akan jadi nukleus perkembangan cawangan lain dan pertambahan ahli Amanah.
"Kita menyasarkan kira-kira 50,000 ahli di Perak menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan minimum satu cawangan setiap pusat daerah mengundi.
"Ia selari dengan aspirasi nasional yang disasarkan Presiden kami (Mohamad Sabu) iaitu mempunyai 500,000 ahli,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>