Polis temui 25 mayat bayi

Iklan
Gambar hiasan

DAKAR - Polis menemui mayat 25 bayi di tanah perkuburan di Ivory Coast, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

Penemuan menyayat hati itu berlaku di bandar Gagnoa, kira-kira 230 kilometer dari Abidjan, bandar terbesar di negara itu.

Iklan
Iklan

Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan, polis bergegas ke lokasi dan mendapati mayat bayi itu diletakkan dalam bungkusan berwarna hitam.

Siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan pihak berkuasa keselamatan.

Iklan
Iklan

Media tempatan melaporkan bayi-bayi itu mungkin digunakan oleh sindiket menjual organ manusia atau ritual voodoo. - Bernama