22 Ketua Cabang PKR Perak ikrar taat setia, sokong Anwar

Iklan

SHAH ALAM - Seramai 22 daripada 24 Ketua Cabang PKR Perak menyatakan ikrar taat setia dan menyokong penuh Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus menjadi nakhoda utama menerajui parti itu.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka turut menyatakan komitmen bagi menyokong dan membantu Anwar menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun dua ketua cabang tidak tersenarai dalam kalangan mereka ialah Ketua Cabang Bukit Gantang, Chua Yee Ling dan Ketua Cabang Parit Buntar, Abdul Yunus Jamhari.

Difahamkan Yee Ling merupakan Ketua Wanita PKR Perak merangkap Pegawai Khas kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Iklan

Manakala Abdul Yunus yang juga Exco Perak pula sebelum ini telah menyatakan pendirian teguh bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Difahamkan sokongan tersebut turut menjadi punca kepada tuduhan suapan melalui satu laporan polis yang dibuat oleh Ahli Majlis Daerah Kerian, Beh Yong Kean.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Sokong Azmin punca fitnah: Abdul Yunus

Berikut merupakan senarai Ketua Cabang PKR Perak yang menyatakan sokongan;

1. Farhash Wafa Salvador Rizal Murabarak - Ketua Cabang Kuala Kangsar

2. M.A.Tinagaran Arumugam - Ketua Cabang Ipoh Barat

3. Mohd Anuar Zakaria - Ketua Cabang Parit

4. Baldip Singh - Ketua Cabang Kampar

5. Raja Azam Shah Raja Omar - Ketua Cabang Taiping

6. Jamahari Abu Bakar - Ketua Cabang Lumut

7. Dr Lee Boon Chye - Ketua Cabang Gopeng

8. Muhamad Arafat Varisai Mahamad - Ketua Cabang Tambun

9. S. Kesavan - Ketua Cabang Sungai Siput

10. Noor Sham Abu Samah - Ketua Cabang Lenggong

11. Md Yunus Yusuf - Ketua Cabang Gerik

12. Azroul Shahrin Amir Hussin - Ketua Cabang Bagan Serai

13. Mohamad Maharani Md Tasi - Ketua Cabang Pasir Salak

14. Shaiful Kharidan Mohd Ariffin - Ketua Cabang Ipoh Timur

15. Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab - Ketua Cabang Tanjung Malim

16. Muzaffar Shah Khairuddin - Ketua Cabang Teluk Intan

17. Lee Sor Har - Ketua Cabang Batu Gajah

18. Mohamad Zubir Nor - Ketua Cabang Tapah

19. Ejazi Yahya - Ketua Cabang Padang Rengas

20. Abdul Hamid Ali - Ketua Cabang Larut

21. Abul Jais Ashfaq Ahmed - Ketua Cabang Beruas

22. Manivanan Gowin - Ketua Cabang Bagan Datuk