Bantah polis didakwa tangkap peguam ketika bertugas

Iklan

SIBU - Persatuan Peguambela Sarawak (AAS) Cawangan Sibu hari ini membantah sekeras-kerasnya penangkapan salah (wrongful arrest) yang didakwa dilakukan polis terhadap seorang peguam yang sedang menjalankan tugas guaman pada 17 Julai lepas.

Persatuan itu mendakwa tindakan polis menangkap peguam Ting Yong Ginn, 51, ketika beliau sedang menjalankan tugas sebagai peguam untuk anak guamnya"adalah satu tindakan tidak adil dan tidak profesional.”

Iklan
Iklan

Justeru, pengerusi cawangan persatuan itu, Orlando Chua, mendesak Polis Sibu memberikan penjelasan mengenai perkara itu dan"sekiranya dakwaan itu terbukti ada kebenarannya, AAS membantah sekeras-kerasnya tindakan tidak profesional, tidak bertimbang rasa, kasar dan tidak masuk akal oleh polis.”

"Kami turut menggesa pihak berkuasa yang berkaitan memberi penjelasan yang memuaskan dengan segera,” kata Chua dalam kenyataannya yang dibacakan oleh naib-pengerusi persatuan Wee Wui Kiat kepada pemberita di hadapan Kompleks Mahkamah Sibu.

Iklan

Penangkapan itu didakwa berlaku dalam satu serbuan polis pada kira-kira 9.30 malam di pusat hiburan milik anak guam peguam itu.

Peguam itu antara lain mendakwa dirakam percakapannya hanya setelah 16 jam ditahan dan gambarnya diambil berpakaian seragam lokap selain diarah menjalani ujian saringan air kecing serta cap jarinya diambil sebelum polis membebaskannya dengan jaminan polis.

Iklan

Peguam itu juga mendakwa tidak diberitahu sebab-sebab penangkapannya walaupun beliau berkali-kali memberitahu bahawa beliau hanya mewakili anak guamnya di premis itu.

Ting membuat laporan polis pada Isnin dengan mendakwa berlaku penangkapan salah oleh polis.

Persatuan itu berkata, ia akan membantu peguam itu dengan memberi nasihat mengenai tindakan undang-undang yang wajar diambil beliau terhadap dakwaan ketidakadilan yang dilakukan ke atasnya. - Bernama