SEBANYAK 15,000 tiket bagi menyaksikan aksi final Shopee Piala FA 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, habis dijual di kaunter-kaunter tiket Stadium Perak sekitar 1 tengah hari tadi.
Biarpun kaunter-kaunter tiket di pintu C, E serta dua kaunter khas di pentas utama khusus bagi pemegang keratan tiket separuh akhir dan bagi pemilik kad semusim mula dibuka sekitar 10.30 pagi, namun orang ramai sudah mula beratur panjang sejak awal pagi untuk mendapatkan tiket-tiket berkenaan.