Penduduk nampak kelibat suspek
Iklan
Suspek kedua berjaya ditahan pada jam 5.40 petang tadi di kawasan sawah padi Kampung Oh.
BESUT - Suspek kedua kes curi lori treler yang melarikan diri ke dalam belukar di Kampung Oh dekat Jabi, di sini, pagi tadi berjaya ditangkap dalam sawah padi di kampung sama petang ini.
Suspek berusia 32 tahun ditahan ketika bersembunyi sejak jam 11 pagi apabila lori treler dipercayai dicuri di Jengka, Pahang yang dipandu rakannya terbabas selepas kejadian kejar mengejar dengan polis sejauh hampir 30 kilometer.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, penduduk melihat kelibat suspek bersembunyi di kawasan tersebut dan kemudiannya memaklumkan kepada polis kira-kira jam 5.40 petang.
Menurutnya, polis kemudian berjaya menahan suspek yang keletihan itu.
Iklan
"Gerakan memburu suspek kedua ini yang membabitkan pihak polis termasuk Unit Anjing Pengesan dan dengan kerjasama penduduk kampung telah dilakukan sebaik suspek melarikan diri.
"Suspek beralamat di Simpang Empat, Semanggol, Perak turut mempunyai rekod lampau," katanya.
Iklan
Sebelum itu kira-kira jam 11 pagi rakan suspek yang merupakan pemandu lori treler itu berjaya ditahan sebaik kenderaan itu terbabas.
Anggota unit kereta peronda polis (MPV) dan unit rondaan bermotosikal (URB) IPD Besut telah mengejar treler tersebut bermula dari Kampung Apal sebelum berakhir di Kampung Oh.
Polis juga terpaksa melepaskan beberapa tembakan ke arah tayar treler tersebut apabila pemandu lori itu enggan memberhentikan lori sebaliknya nekad melarikan diri.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal