[DIKEMASKINI] Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Iklan
Gambar hiasan
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan peniaga mengambil pendekatan berhati-hati menjelang kemungkinan penurunan kadar faedah AS akhir bulan ini.
Pada jam 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.1120/1170 berbanding dolar AS daripada 4.110/1150 semalam.
Iklan
Iklan
Peniaga berkata, ringgit bergerak dalam jajaran sempit menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS pada 30 hingga 31 Julai ini.
Beliau berkata, selain itu European Central Bank turut dijangka mengumumkan dasar monetarinya pada Khamis.
Iklan
Peniaga itu berkata, para pelabur juga akan menunggu keputusan daripada hasil penangguhan pengenaan tarif antara AS dan China.
Dilaporkan bahawa pertemuan bersemuka AS-China berkaitan rundingan perdagangan mungkin diadakan dalam jangka terdekat selepas beberapa pusingan perbincangan menerusi telefon.
Iklan
Secara keseluruhan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0189/0236 daripada 3.0219/0253 ketika ditutup semalam dan tinggi berbanding yen kepada 3.8056/8113 daripada 3.8104/8151.
Unit tempatan juga meningkat berbanding euro kepada 4.6063/6131 daripada 4.6109/6166, tetapi turun berbanding pound Britain kepada 5.1264/1343 daripada 5.1248/1306.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>