KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk menyiasat kes-kes yang menggesa tindakan punitif berhubung kelemahan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, SPRM telah bertemu dengan Ketua Audit Negara untuk mengkaji kes-kes yang memerlukan tindakan punitif.