Polis buru dua lelaki serang guru

Iklan
Polis kini memburu dua lelaki yang menyerang seorang guru dalam kawasan sekolah, semalam. (Gambar kecil: Nik Aminudin)

BACHOK - Polis memburu dua lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gunung diserang semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminudin Raja Abdullah berkata, pihaknya sudah menerima laporan mengenai kejadian itu.

Iklan
Iklan

Katanya, dua lelaki yang diburu itu ada dalam rakaman video berkenaan.

"Kita masih memburu dua lelaki tersebut dan berharap mereka memberikan kerjasama kepada polis," katanya hari ini.

Iklan

Dalam video berdurasi selama tiga minit 31 saat yang tular di laman sosial semalam, guru penolong kanan pentadbiran berusia 52 tahun itu kelihatan diserang dua lelaki.

Guru terbabit didesak keluar dari pagar sekolah oleh dua lelaki berkenaan namun dia enggan berbuat demikian.

Iklan

Sidang media yang sepatutnya diadakan pihak pejabat pendidikan daerah di sekolah berkenaan pagi tadi dibatalkan atas arahan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Video guru diserang dua lelaki tular]