Larangan merokok: Sarawak tidak berkecuali
Iklan
KUCHING - Sarawak akan menguatkuasakan larangan merokok berdasarkan Ordinan Kecil Kerajaan Tempatan, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian.
"Sarawak akan mempunyai larangan merokok kita sendiri dengan mengambil kira keadaan dan berdasarkan Ordinan Kecil Kerajaan Tempatan Sarawak dan undang-undang. Sama seperti imigresen, kita ada hak imigresen kita sendiri.
Iklan
Iklan
"Sebagai ahli kardiologi, saya menyokong amalan antimerokok sepanjang kerjaya saya dan akan terus berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau juga melahirkan perasaan kecewa dengan gambaran salah sesetengah pihak terhadap Sarawak berhubung isu larangan merokok.
Iklan
"Merokok adalah tidak baik untuk kesihatan bukan sahaja untuk perokok tetapi juga untuk bukan perokok. Kita terpaksa melakukan lebih banyak ke atas produk tembakau bukan setakat undang-undang sahaja tetapi juga secara holistik,” katanya.
Sebuah akhbar Inggeris tempatan memetik Kui Hian sebagai berkata, larangan merokok yang dikuatkuasakan kerajaan Persekutuan bermula 1 Jan 2019 tidak terpakai di Sarawak melainkan kerajaan Sarawak melaksanakan dasar baharu itu. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'"><meta itemprop="description" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian, 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AjaranSesat #TanahPerkuburan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T06:21:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZkqoC1fLsFUTv0-h8/x120"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9wwvpo"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9wwvpo"></script>