Peserta protes Hong Kong mohon suaka di Taiwan
Iklan
TAIPEI - Puluhan penunjuk perasaan yang terlibat dalam protes ganas dan luar biasa di Majlis Legislatif (Legco) di Hong Kong pada awal bulan lalu tiba di Taiwan untuk mendapatkan suaka.
Akhbar Apple Daily melaporkan kira-kira 30 peserta protes lain juga merancang untuk mengambil tindakan sama dan mereka telah menghubungi Majlis Hal Ehwal Tanah Besar Taiwan untuk meminta bantuan.