Ayoh Wang si penjinak harimau
Iklan
Ayoh Wang menunjukkan paparan video yang menunjukkan dia menghalau harimau di Kampung Besol Lama, Bukit Besi, Dungun semalam.
DUNGUN - Amalan menghafal beberapa potongan ayat al-Quran menjadi rahsia bilal Masjid Bukit Besi, Wan Sulong Wan Chik, 68, atau lebih dikenali sebagai Ayoh Wang berkebolehan 'berkomunikasi' dengan haiwan hingga dapat menghalau harimau belang yang masuk kampung untuk kembali ke hutan.
Tindak tanduk Ayoh Wang 'bercakap' dengan pak belang dalam insiden dua ekor harimau berkeliaran di Kampung Besol Lama, Bukit Besi itu turut tular di media sosial dan ada netizen menyifatkannya sebagai hero.
Iklan
Iklan
Bagi penduduk kampung, Ayoh Wang memang bukan biasa-biasa dan dikenali sebagai penjinak haiwan liar serta perawat perubatan Islam.
Namun bagi Ayoh Wang, bukan sanjungan yang dimahukan kerana merasakan dirinya hanya hamba kerdil di sisi ALLAH SWT.
Iklan
Tidak menyangka rakaman video dia menghalau harimau tersebar di media sosial, Ayoh Wang ikhlas dalam membantu.
"Ayoh Wang bantu dengan ikhlas, pasal ada orang telefon beritahu harimau masuk kampung dan Ayoh Wang pergi sana, takde bawa golok atau pisau.
Iklan
"Masa sampai, Ayoh Wang tengok harimau tu duduk di bawah tebing jalan dan patahkan satu ranting kayu.
"Ayoh Wang tanya bakpe mung duk sini (buat apa duduk sini), lepas tu haiwan tu angkat telinga maknanya ia tak marah sebelum binatang tu beredar," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Besi hari ini.
Ayoh Wang mendakwa, harimau yang dipercayai betina terbabit kelihatan jinak kerana kedua-dua matanya rabun kemungkinan disebabkan terkena racun rumput di ladang sawit.
"Harimau tu nampak jinak sebab tak nampak mata (rabun) manakala seekor lagi dipercayai adalah harimau jantan, iaitu pasangannya yang sifatnya ganas," katanya.
Bercerita lanjut, kata Ayoh Wang ada belajar ilmu masuk hutan dan menghafal beberapa ayat suci al-Quran sejak berusia 18 tahun lagi kerana gemar memburu kijang, rusa dan pelanduk waktu itu semasa lesen memburu binatang itu masih dikeluarkan.
"Setiap kali lepas solat, memang Ayoh Wang amal baca beberapa potong ayat al-Quran dan ia jadi amalan hingga sekarang," katanya.
Sehingga kini, Ayoh Wang mempunyai banyak pengalaman menjinakkan hidupan liar termasuk mengetahui bahawa haiwan memahami percakapan manusia.
Berdasarkan pengalamannya, Ayoh Wang percaya kedua-dua harimau itu adalah harimau liar yang tinggal di kawasan sekitar Hutan Simpan Bukit Besi tetapi keluar dari habitat sebab kawasannya diteroka manusia.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal