KTMB sedia bas perantara ke stesen Rawang, Serendah dari Kuang
Iklan
KUALA LUMPUR-Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan bas pengantara untuk pengguna laluan stesen Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim yang akan tamat di Stesen KTM Kuang.
KTMB dalam satu kenyataan berkata, tren akan tamat di Stesen Kuang dan perjalanan disambung dengan menggunakan bas yang telah disediakan untuk ke stesen Rawang dan stesen Serendah.