Mohamad Khir kekal pendirian walau dikritik
Iklan
Mohamad Khir Toyo
BEKAS Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo kekal dengan pendiriannya mahu kepimpinan UMNO dan Pas menggunakan pendekatan penyatuan rakyat dalam usaha meraih sokongan kaum lain di negara ini.
Beliau berkata, konsep penyatuan rakyat mencerminkan komposisi lebih terancang dalam keadaan politik semasa berbanding pendekatan penyatuan ummah dibawa pada masa kini oleh kedua-dua parti.
Iklan
Iklan
Menurutnya, beliau tidak kisah menerima pelbagai pandangan dan kritikan daripada beberapa pihak memandangkan setiap orang berhak untuk memberikan komen masing-masing berhubung perkara itu.
"Saya terima segala pandangan dan kritikan namun saya tetap dengan pendirian bahawa UMNO-Pas perlu segera beralih ke konsep penyatuan rakyat berbanding penyatuan ummah yang dibawa pada masa kini."Setiap daripada kita memiliki pandangan sendiri, bergantung kepada pengalaman hidup dan kejernihan fikiran masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Iklan
Iklan
Menerusi wawancara bersama Sinar Harian sebelum ini, Dr Mohamad Khir mencadangkan kepimpinan UMNO dan Pas untuk membawa konsep penyatuan rakyat melalui kerjasama politik antara dua pihak terbabit. Bagaimanapun, cadangan beliau itu mendapat kritikan daripada beberapa pihak yang beranggapan bahawa taawun siyasi atau kerjasama politik antara UMNO-Pas adalah merupakan satu kebangkitan penyatuan ummah di negara ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas"><meta itemprop="description" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-05T12:10:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb462qe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb462qe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb462qe"></script>