Kereta terbabas, terbalik di bahu jalan
Iklan
Keadaan kereta yang dinaiki dua pemuda terbabit selepas terbabas.
MARANG -"Nasib baik umur panjang lagi," demikian kata Mohd Arif Daniel Mohd Rizal, 17, mangsa terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu Ke Kuantan di Jambu Bongkok, hari ini.
Dalam kejadian lebih kurang jam 7.50 pagi itu, Mohd Arif menaiki kereta dipandu rakannya dan dalam perjalanan pulang ke Dungun, kereta hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik di bahu jalan.
Iklan
Iklan
"Saya tengah tidur masa tu...Dan bermimpi ada orang gerakan kita (kejutkan saya) tapi apabila buka mata, ada orang tarik saya dan kemalangan itu sudah berlaku. Saya tak tahu apa yang berlaku sebelum itu.
"Nasib baik panjang lagi umur saya dan hanya rasa sakit di bahu, tak boleh nak gagoh (angkat)," katanya turut memaklumkan baharu sahaja mengenali rakannya itu kepada Sinar Harian, hari ini.
Iklan
Kedua-dua mangsa terbabit kemudianya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Mercang untuk mendapatkan rawatan namun dibenarkan pulang selepas didapati tidak mengalami kecederaan serius.
Bagaimanapun, Sinar Harian gagal mendapatkan rakan Mohd Arif yang memandu kenderaan tersebut namun difahamkan kereta yang dipandu pemuda terbabit milik ahli keluarganya.
Iklan
Sementara itu, bapa Mohd Arif, Mohd Rizal Musa pula lega dan bersyukur apabila anak dan rakan anaknya itu hanya mengalami kecederaan ringan walaupun keadaan kereta dinaiki mereka rosak teruk.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal