Pesawah gesa segerakan projek longkang

Iklan
Harun (kiri) bersama rakan-rakannya mengharapkan ihsan pihak berkenaan supaya segera menyiapkan projek longkang yang terbengkalai.

PASIR MAS - Kira-kira 15 pesawah di Kampung Banggol Petaling di sini mengharapkan ihsan pihak berkenaan supaya segera menyiapkan projek longkang yang terbengkalai sejak tiga bulan lalu.

Mereka mendakwa, keadaan itu menimbulkan kesukaran untuk turun ke bendang berikutan kawasan berkenaan merupakan laluan utama dalam kerja-kerja penanaman padi.

Iklan
Iklan

Wakil pesawah, Harun Hassan, 65, berkata, sejak projek itu terbengkalai, mereka terpaksa berulang-alik sejauh 8km melalui Kampung Alor Lenggok untuk ke bendang.

"Sebelum ini, jarak untuk kami berulang-alik ke bendang hanyalah 3km sahaja.

Iklan
Pesawah menunjukkan projek longkang yang terbengkalai sejak tiga bulan lalu.

"Bila jarak bertambah, kami berdepan kesukaran untuk mengangkut benih padi dan baja untuk kerja-kerja di sawah,” katanya.

Menurutnya, para pesawah hanya mampu melihat dari jauh kerana tidak mempunyai upaya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Iklan

Katanya, para pesawah berharap pihak bertanggungjawab dapat turun padang dan membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut.

"Buat sementara waktu, jikalau pihak berkenaan dapat meratakan dahulu laluan ini sudah memadai.

"Kami bimbang jika masalah ini tidak diatasi segera, ia akan menjejaskan tanaman padi yang diusahakan pesawah di sini,” katanya.