Usul tubuh jawatankuasa siasat Hospital Pakar Putra ditolak
Iklan
Damian ketika ditemui di luar dewan semasa Persidangan Kedua Penggal Kedua DUN Ke-14, di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
MELAKA TENGAH - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Omar Jaafar menolak usul untuk menubuhkan jawatankuasa bebas bagi melaksanakan forensik akaun dan pengurusan Hospital Pakar Putra (PSH).
Omar berkata, usul dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan ditolak kerana Jawatankuasa Kompetensi, Akauntabiliti dan Ketelusan Melaka (MELCAT) telah diwujudkan di peringkat kerajaan negeri yang berperanan menyiasat sebarang ketidaktelusan dan sebagainya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah membuat siasatan termasuk mengemukakan laporan berhubung kerugian hutang hospital berkenaan.
"Risalah usul itu saya ambil keputusan untuk tidak dibahaskan dan tidak boleh dipertikaikan selepas berbincang dan mengikut Peraturan Mesyuarat 12 (2) bahawa tiada keperluan untuk dibahaskan.
Iklan
"Saya sarankan untuk membuat laporan dan permohonan kepada MELCAT sekiranya ada perkara berbangkit untuk menyiasat akaun Hospital Pakar Putra kepada Pengerusi MELCAT, YB Damian Yeo Shen Li (DAP-Duyong) akan dengar dan terpulang kepadanya untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya pada Persidangan Kedua Penggal Kedua DUN Ke-14, di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Semalam, Zaidi mengemukakan usul berkenaan dalam persidangan DUN namun tidak dibahaskan sebelum persidangan ditangguhkan hari ini.
Iklan
Sementara itu Damian yang ditemui berkata, pembangkang boleh memasukkan usul untuk dibahaskan, namun terpulang budi bicara Speaker DUN.
"Usul itu boleh dibahaskan tetapi terpulang budi bicara Yang Berhormat Speaker," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Seorang hulur RM1 pun saya syukur' - Ibu gigih kumpul dana rawat anak derita Sindrom Alagille"><meta itemprop="description" content="Hati seorang ibu mana yang tidak sayu apabila melihat anak kecil yang baru berusia tiga tahun sudah diuji kesakitan ketika sedang berjuang melawan penyakit Sindrom Alagille.
Penyakit yang dihidapi Aisy Nur Dareesa Mohd Sahril Azuan itu merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan beberapa organ utama seperti hati, jantung, mata, tulang dan buah pinggang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769088/edisi/melaka-ns/seorang-hulur-rm1-pun-saya-syukur---ibu-gigih-kumpul-dana-rawat-anak-derita-sindrom-alagille
Muzik: Veance D- Rustle od Leaves dari Bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuan #AisyNurDareesa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-24T03:00:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a6aYC1fdHHfe5YnzG/x120"><meta itemprop="duration" content="P254S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0mavg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0mavg"></script>