ALOR SETAR - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Pakatan Harapan (PH) sedia membuka pintu kerjasama kepada Pas untuk menjadi sebahagian daripada komponen mereka demi penyatuan umat Islam di negara ini.
Menurutnya, perkara tersebut adalah satu hal yang baik sekiranya parti berkenaan dapat mempertimbangkannya.
"Dalam masa sekarang tiada guna kata bila kena bersatu tapi masing-masing dengan ego sendiri. Jika ego berlaku maka tidak jadi dengan apa yang disebut-sebut itu (perpaduan). Saya ingat jika Pas dapat pertimbangkan ia satu perkara yang baik.