Cubaan bawa masuk anak pokok strawberi secara haram gagal

Iklan
Gambar hiasan

SEPANG - Cubaan membawa masuk sebanyak 480 anak pokok strawberi secara haram dari Jepun berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), minggu lalu.

Memetik laporan Utusan Online, anak pokok seberat 16 kilogram itu dianggarkan bernilai hampir RM5,000.

Iklan
Iklan

Pengarah MAQIS Negeri Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, anak pokok itu dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) ketika pemeriksaan pada mesin imbasan di laluan ketibaan pada pukul 7 pagi Ahad lalu.

Menurutnya, tindakan itu diambil berikutan ia dibawa masuk tanpa sebarang dokumen yang sah seperti permit import dan sijil fitosanitasi.

Iklan

"Kami percaya tujuan tumbuhan ini dibawa masuk ke negara ini untuk ditanam di Cameron Highlands, Pahang.

"Perbuatan mengimport tanpa permit sah daripada MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11 (3), akta yang sama,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.