Amanah Jeli tubuh dua lagi cawangan baharu
Iklan
Kamarudin (tiga dari kanan) menyerahkan borang keahlian ahli Amanah Kubur Datu kepada Presiden, Mohamad Sabu sempena kehadiran pemimpin berkenaan pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 Amanah Jeli baru-baru ini.
JELI - Walaupun masih di peringkat penajaan, namun hampir 100 keahlian baharu diterima Amanah Kubur Datu dan Bukit Selar yang ditubuhkan secara rasmi minggu lalu.
Ketua Amanah Cawangan Kubur Datu, Kamarudin Zakaria berkata, penubuhan cawangan ke 25 dan 26 di Jeli itu menggambarkan parti berkenaan semakin mendapat tempat di kubu kuat Barisan Nasional (BN) suatu ketika dahulu.
Iklan
Iklan
"Walaupun merupakan cawangan paling muda di Jeli, namun kita yakin Amanah di kedua-dua cawangan ini juga akan diterima baik oleh rakyat sebagaimana di tempat lain.
"Kita akan berusaha lebih gigih untuk tambah bilangan ahli di kedua-dua cawangan ini dari masa ke semasa," katanya, di sini hari ini.
Iklan
Kamarudin berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan penduduk Kubur Datu dan Bukit Selar untuk bersama dalam Amanah sekali gus berjuang membela nasib rakyat di kawasan berkenaan.
"Agenda kita ialah bekerja untuk rakyat dengan apa cara sekali pun, selari dengan kepercayaan yang telah diberikan," katanya.
Iklan
Sehingga kini Amanah Jeli mempunyai hampir 2,000 ahli dengan 26 cawangan termasuk dua di peringkat penajaan.
Difahamkan 24 cawangan yang ditubuhkan sebelum ini sudah pun diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>