Kes murid bas jerlus rujuk pendakwa
Iklan
KOTA BHARU - Kes murid tahun enam yang maut terjatuh dari bas akibat lantai reput ketika kenderaan itu sedang bergerak di Jalan Kampung Kandis, Pasir Puteh awal bulan ini akan dirujuk kepada pihak pendakwaan.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, perkara tersebut akan dilakukan dalam tempoh terdekat sebaik kertas siasatan berhubung kes kematian mangsa, Wan Muhammed Adam Mohd Suria, 12, dilengkapkan pihak polis.
Iklan
Iklan
"Ketika ini kami masih menunggu laporan Puspakom, perubatan dan bedah siasat bagi menyempurnakan kertas siasatan itu sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
"Selepas rujukan nanti baru dapat diketahui cadangan atau bentuk pendakwaan yang akan dilakukan terhadap pemandu bas berusia 45 tahun yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas Majlis Pelepasan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia Kontinjen Kelantan ke Perkemahan Peringkat Kebangsaan ke-21/2019 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Azmi (tengah) bergambar bersama 36 ahli kor kadet polis Kontinjen Kelantan sebelum berlepas bagi menyertai Perkhemahan Peringkat Kebangsaan di Selangor.
Menurutnya, dalam kertas siasatan itu pihaknya meneliti aspek kecuaian pemandu bas sekolah terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Iklan
"Hasil pemerhatian awal pihak polis tidak menolak adanya unsur cuai hingga menyebabkan berlaku kematian, bagaimanapun kesemua tertakluk kepada pihak pendakwaan yang akan meneliti kertas siasatan.
"Polis sudah mengambil keterangan penumpang, pemandu, dan semua pihak yang terlibat dalam kes ini, namun jika laporan yang diterima selepas ini memerlukan kita memanggil semua saksi, maka perkara itu akan dilakukan dan siasatan tetap diteruskan walaupun memakan masa,” katanya.
Pada 4 Julai lalu, Sinar Harian melaporkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, itu maut dalam keadaan tragis selepas terjatuh ke atas jalan raya akibat terpijak lantai bas reput dalam kejadian di Kampung Kandis, Pasir Puteh pada jam 11.50 pagi.
Mangsa sebelum itu bersama rombongan 31 murid sekolahnya dalam perjalanan ke Bukit Keluang, Besut, Terengganu bagi mengikuti Bengkel Bahasa Inggeris bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM).
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.