Perancis umum tubuh tentera angkasa

Iklan
Presiden Perancis, Emmanuel Macron

PARIS - Presiden Perancis, Emmanuel Macron semalam mengumumkan penubuhan perintah angkatan tentera angkasa kebangsaan yang akan menjadi sebahagian daripada pasukan tentera udara negara itu.

Pengumuman itu dibuat menjelang sambutan Hari Bastille yang akan turut menyaksikan perarakan tentera di Champs-Elysees.

Iklan
Iklan

"Untuk meyakinkan pembangunan dan kekuatan kapasiti kita di angkasa, pasukan tentera angkasa akan ditubuhkan pada September depan. Fokus utama pasukan tentera tersebut adalah isu keselamatan negara yang sebenar.

"Doktrin tentera yang dicadangkan Kementerian Pertahanan dan diluluskan oleh saya akan membolehkan kita memastikan pertahanan ruang angkasa,” jelasnya yang pernah menyuarakan tentang keperluan strategi pertahanan angkasa pada tahun lalu.

Iklan

Menurutnya lagi, mereka akan memperkukuhkan lagi pengetahuan tentang angkasa dan akan melindungi satelit negara itu dengan lebih baik.

Sebelum ini, Pentagon pernah merangka rancangan untuk pasukan tentera angkasa selepas menerima arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, namun memerlukan kelulusan Kongres. - Agensi

Iklan