Pasukan khas pantau penyeludupan kereta klon di Kelantan

Iklan
Mohd Rakbi (dua dari kiri) semasa merasmikan Program Kayuhan Perkasa Bersama JKDRM Kelantan.

RANTAU PANJANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan menubuhkan pasukan khas bagi membanteras penyeludupan kereta klon Singapura masuk ke negeri ini.

Pengarah Kastam, Mohd Rakbi Mat Saud berkata, pihaknya sudah mengenal pasti modus operandi yang digunakan penyeludup bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini kita tidak boleh dedahkan modus operandi digunakan penyeludup. Kita ambil serius perkara ini. Untuk makluman, setakat ini kita sudah rampas 20 hingga 30 buah kereta klon," katanya.

"Antara kereta klon yang dirampas JKDRM Kelantan ialah Audi, Honda dan banyak lagi," katanya selepas merasmikan Program Kayuhan Perkasa Bersama JKDRM Kelantan di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, kereta klon merujuk kepada kenderaan yang tidak lagi diperlukan di negara berkenaan dan ia dijual dengan harga murah.

"Bukan itu sahaja ahli sindiket turut melakukan aktiviti pemalsuan dokumen bagi meyakinkan lagi pembeli kereta klon," katanya.

Iklan