Insya-ALLAH saya rehat hari ini sahaja: Ustaz Ebit Lew

Iklan
Gambar kenderaan selepas kemalangan turut dikongsikan Ustaz Ebit Lew di laman sosial Facebooknya.

"INSYA-ALLAH saya rehat hari ini sahaja, esok seharian saya ada di Kuantan, lusa ke Cameron Highlands dan selepas itu terus ke Kelantan,” demikian kata pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Ditanya lebih lanjut mengenai kecederaan yang dialaminya selepas kereta yang dipandu terlibat kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan di Seremban awal pagi tadi, katanya beliau hanya mengalami cedera ringan.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, saya sihat. Cuma sakit-sakit belakang dan pinggang. Nanti hendak dapatkan tukang urut untuk berurut di rumah.

"Jadual saya agak penuh. Insya-ALLAH rehat hari ini sahaja, mulai esok dan seterusnya jadual aktiviti saya agak padat,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi melalui WhatsApp, hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Ebit meminta semua pihak mendoakan kesihatan beliau agar aktiviti dakwah dapat diteruskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew kemalangan, kereta tiba-tiba dihimpit

Iklan

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, pendakwah terkenal itu cedera ringan dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan di Seremban, hari ini.

Berkongsi di laman Facebooknya, Ebit memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi tadi.

Ketika itu, dia bersama dua lagi rakan dalam perjalanan balik dari Pasir Gudang menuju ke Kuala Lumpur.