Melaka wujud zon khas merokok
Iklan
Adly bersalaman dengan penjawat awam selepas perhimpunan bulanan penjawat awam di Dataran Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.
MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka mengkaji dan membuat penilaian untuk mewujudkan zon merokok di sekitar negeri ini bagi memastikan Melaka terus kekal bersih.
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, usaha penyediaan tempat merokok penting supaya ia dapat diuruskan dengan lebih baik sekali gus mengelakkan puntung rokok bersepah di lokasi tumpuan awam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tindakan membuang puntung rokok merata-rata memberikan imej yang tidak baik kepada negeri pelancongan itu.
Pihaknya mengambil contoh Singapura dan Filipina yang menyediakan kawasan zon khas untuk merokok.
Iklan
"Kita masih longgar, kawasan awam masih menjadi tumpuan perokok kerana ketiadaan zon merokok. Sebagai negeri maju aspek itu perlu diambil perhatian.
"Kita buat zon larangan merokok pada masa sama, perlu juga sediakan tempat khas untuk merokok di semua tempat dan kita akan menilai," katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam di Dataran Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.
Iklan
Adly beramah mesra dengan penjawat awam selepas perhimpunan bulanan penjawat awam di Dataran Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hasan.
Dalam perkembangan lain, Adly turut mencadangkan penyediaan insentif khas kepada kakitangan awam di setiap agensi yang mencapai sasaran 100 peratus kutipan hasil tahun ini.
Menurutnya ini termasuk pegawai serta penjaga kaunter yang dilihat antara individu bertanggungjawab memungut cukai mewakili agensi masing-masing.
"Antara insentif itu termasuklah lawatan ke luar negara sebagai usaha memberi motivasi kepada mereka serta kakitangan lain supaya meningkatkan prestasi kerja," katanya.
"Kita meletakkan Indeks Prestasi Utama (KPI) kepada semua kakitangan agensi berkenaan dan jika mereka berjaya mencapai sasaran, kita akan memberi insentif terbabit," katanya.
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.