Kereta terbakar elak motosikal
Iklan
Anggota bomba membantu memadamkan kebakaran kereta Toyota Camry yang terbakar dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan, pagi tadi.
SUNGAI BULOH - Seorang lelaki yang terjatuh daripada motosikal ditungganginya menyebabkan tiga kenderaan lain terbabit kemalangan di Kilometer 453 Lebuhraya PLUS menghala ke Rawang pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, sebuah kereta Toyota Camry turut terbakar hampir 80 peratus akibat rempuhan kuat.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 6.12 pagi.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh bergegas ke lokasi dan mendapati sebuah kereta jenis Toyota Camry terbakar.
Iklan
"Maklumat awal kejadian berpunca daripada motosikal berkuasa tinggi ditunggangi seorang lelaki terjatuh dan patah tangan dan menyebabkan tiga kenderaan dari arah belakang berhenti secara mengejut.
"Sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang berada di belakangnya mengelak motosikal itu dengan memasuki lorong kiri.
Iklan
"Dalam masa sama pemandu kereta jenis Proton Persona berada di belakang Myvi menekan brek secara mengejut menyebabkan Toyota Camry gagal mengelak lalu merempuh kereta terbabit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata, pemandu kereta Toyota Camry sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Penumpang tiga kenderaan lain tidak cedera cuma kereta mengalami kerosakan," katanya
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan 4,101 penolong amil Selangor kini digital"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) melaksanakan sepenuhnya proses pendaftaran dan pelantikan penolong amil secara digital bagi sesi 2027 hingga 2030 menerusi Sistem Pendaftaran Penolong Amil yang membabitkan semua masjid di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sistem baharu itu diperkenalkan bagi memperkemas urusan pelantikan membabitkan tiga kategori iaitu Penolong Amil Kariah, Penolong Amil Fitrah dan Penolong Amil Komuniti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806492/edisi/selangor-kl/pelantikan-4101-penolong-amil-selangor-kini-digital
Muzik: Win At Your Back dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #LembagaZakatSelangor #PenolongAmil #Masjid"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-28T10:59:13.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hKhdk1h2hG2HdSwNw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P161S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0qqr2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0qqr2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0qqr2"></script>