Kaki budak tersangkut celah lubang tong gas

Iklan
Pasukan bomba berusaha mengeluarkan kaki kanak-kanak perempuan yang tersangkut di celah lubang tong gas.

BUKIT MERTAJAM - Pasangan suami isteri terpaksa mengangkut anaknya bersama sebuah tong gas ke Balai Bomba dan Penyelamat Perai di sini selepas kaki budak perempuan itu tersangkut di celah tong itu.

Pasangan terbabit bertindak meminta bantuan anggota bomba selepas buntu apabila gagal mengeluarkan kedua-dua belah kaki anak mereka dalam kejadian beberapa hari lalu.

Iklan
Iklan

Difahamkan, anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memotong besi tong gas menggunakan peralatan khas sebelum berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak itu.

Sejak malam tadi, tular sebuah video berdurasi 56 saat yang memaparkan tindakan anggota bomba mengeluarkan kanak-kanak perempuan.

Iklan
Iklan

Kanak-kanak itu yang menangis kesakitan akhirnya berjaya ditenangkan pasukan bomba sebelum mengeluarkan kakinya daripada tong gas berkenaan.