Koperasi Macma bayar dividen sembilan peratus
Iklan
KOTA BHARU - Seramai 55 anggota Koperasi Macma Kelantan Berhad (KoMacma) teruja apabila dikhabarkan bakal menerima dividen sembilan peratus bagi saham mereka dalam mesyuarat agung tahunan KoMacma yang pertama baru-baru ini.
Pengerusi KoMacma, Johari Yap berkata, walaupun pada awal tahun ini, pihak koperasi telah memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Macma Kelantan, namun keuntungan bersih yang dicatatkan oleh KoMacma adalah berjumlah lebih dari RM40,000.