Pinjaman PTPTN perlu, peminjam bersedia bayar balik pinjaman
Iklan
KUALA LUMPUR - Kaji selidik yang dilakukan Pusat Penyelidikan Kaji Selidik UCSI mendapati rakyat Malaysia tidak gembira jika tiada lagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk generasi akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif pusat penyelidikan itu, Profesor Madya Dr Noppadon Kannika berkata kaji selidik yang dilakukan terhadap 700 orang juga mendapati 51.6 peratus peminjam PTPTN cenderung untuk membayar balik pinjaman pelajaran mengikut keadaan kewangan semasa mereka.
Iklan
Iklan
Selain itu, sebanyak 73.1 peratus responden bersetuju dengan cadangan penangguhan bayaran balik bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan manakala 65.8 peratus mahu mereka yang lulus dengan kepujian kelas pertama diberi pengecualian penuh atau separa.
"Kira-kira 55.3 peratus mahu skim bayaran balik berasaskan pendapatan untuk peminjam baharu. Bagaimanapun, 45.1 peratus daripada responden tidak bersetuju peminjam yang gagal membayar balik pinjaman didakwa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Kaji selidik itu dilakukan bagi mendapatkan pandangan orang ramai mengenai mekanisme baharu pembayaran balik pinjaman itu.
"Kaji selidik ini dapat membantu PTPTN dan Kementerian Pendidikan untuk mencari alternatif untuk merumus satu dasar bagi menangani isu berkenaan,” kata Noppadon.
Iklan
Kajian itu dilakukan antara 22 Jun dan 9 Julai di Kuala Lumpur meliputi responden daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan pendapatan. -Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>