APMM menyamar nelayan tempatan
Iklan
Empat buah vesel nelayan asing yang berjaya ditahan oleh APMM ketika sedang menangkap ikan di perairan Sarawak di Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin di Muara Tebas hari ini. - Foto BERNAMA
KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( APMM) akan memperluaskan kaedah penguatkuasaan yang membabitkan anggotanya menyamar sebagai nelayan tempatan bagi menangkap bot nelayan asing yang menceroboh perairan Sarawak.
Pengarah APMM Sarawak, Laksamana Pertama Maritim, Robert Teh Geok Chuan berkata, kaedah penguatkuasaan itu berjaya dilaksanakan sekitar perairan zon Kuching sejak Mac lepas dengan kerjasama nelayan tempatan berikutan agensi itu kekurangan aset bagi mencegah pencerobohan nelayan asing seluruh perairan negeri ini.
Iklan
Iklan
"Saya sudah maklumkan kepada pengarah-pengarah (APMM) zon Miri, Bintulu dan Tanjung Manis untuk menjalin kerjasama ini dengan para nelayan, kerana aset kita kurang," katanya pada sidang media mengenai penangkapan nelayan asing dari Vietnam di Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin di Muara Tebas, di sini, hari ini.
Geon Chuan mengulas kenyataan Pengerusi Pesatuan Nelayan Sarawak (Penesa), Jam Hajimi baru-baru ini bahawa pencerobohan nelayan asing di perairan Sarawak menjejaskan penangkapan ikan di Miri, Bintulu dan Sibu.
Iklan
Beliau berkata, anggota penguatkuasa agensi itu yang menyamar sebagai nelayan akan mengikut nelayan tempatan keluar menangkap ikan menggunakan bot mereka.
Katanya, anggota terbabit kemudian akan bertindak menaiki bot nelayan asing yang ditemui menangkap ikan di perairan negeri ini dan membawa bot itu ke pelabuhan agensi itu.
Iklan
Beliau berkata, setakat ini empat bot nelayan asing berjaya ditahan mengunakan kaedah terbabit di zon Kuching.
"Sekarang nelayan asing dari Vietnam sudah takut dengan nelayan dari Kuching ini, kerana tidak tahu yang mana satu nelayan yang ada penguat kuasa kami," katanya.
Beliau berkata, pihaknya sudah mula berusaha memperluaskan kaedah penguatkuasaan terbabit di zon Bintulu, zon Tanjung Manis di Sibu dan selepas itu ke zon Miri dan berharap nelayan tempatan di semua zon berkenaan bekerjasama bagi menangkap nelayan asing yang menceroboh perairan negeri ini.
Mengenai penangkapan nelayan asing dari Vietnam, beliau berkata empat bot ditahan pada 7 Julai lepas di Tanjung Sirfik dengan 58 tekong dan awak awak membabitkan nilai rampasan ikan, bot dan kelengkapan berjumlah RM6 juta. - Bernama
Bertahun-tahun menitipkan doa kepada kenalan yang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah, agar hati dibukakan untuk menerima Islam, akhirnya doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah dimakbulkan apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.
Selepas lebih 10 tahun mencari pegangan hidup, Ruddy, 58, akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengambil keputusan memeluk agama itu bersama isteri Datin Seri Asiah Udin bersama anak bongsu mereka, Aswady, 26.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793183/edisi/sabah-sarawak/sebut-nama-saya-di-makkah-doakan-saya-jadi-muslim-adun-pitas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.