Lori treler muatan alkohol terbakar
Iklan
Tong dipercayai mengandungi alkohol berterabur di atas jalan di susur keluar Johor Premium Outlet, arah selatan Lebuhraya Utara Selatan, di sini petang tadi.
KULAI - Sebuah lori treler dengan muatan 120 tong bahan dipercayai alkohol terbakar di susur keluar Johor Premium Outlet, arah selatan Lebuhraya Utara Selatan, di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Awang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.10 petang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, operasi menyelamat dan memadamkan api telah melibatkan seramai 16 anggota dari BBP Bandar Baru Kulai, BBP Kulai dan BBP Skudai dengan bantuan tiga jentera.
"Bomba difahamkan lori ini membawa bahan Isopropyl Alcohol iaitu agen pembersih yang bertindak sebagai antiseptik. Ketika tiba di lokasi kejadian lori ini sudah terbakar dan api sedang marak.
Iklan
"Punca dan anggaran masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Difahamkan, kerja-kerja pemadaman api berlansung kira-kira setengah jam sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.45 malam.
Iklan
Kejadian terbabit juga bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan orang awam.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Air pasang besar dijangka cecah 3.6 meter, penduduk pesisir pantai waspada risiko banjir"><meta itemprop="description" content="Penduduk di beberapa kawasan pesisir pantai di Pontian mengambil langkah berjaga-jaga susulan fenomena air pasang besar yang dijangka menyebabkan paras air meningkat hingga 3.6 meter, sekali gus menambah risiko limpahan air.
Tinjauan di sekitar Pekan Kukup bagaimanapun mendapati aktiviti harian mereka berjalan seperti biasa meskipun fenomena air pasang besar melanda kawasan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806094/edisi/johor/air-pasang-besar-dijangka-cecah-3-6-meter-penduduk-pesisir-pantai-waspada-risiko-banjir
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Airpasangbesar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-25T08:21:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hE5hw1h1fgF1YtQtu/x1080"><meta itemprop="duration" content="P89S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzpp8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzpp8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzpp8a"></script>