Dewan Rakyat lulus RUU Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019
Iklan
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019, bertujuan antaranya bagi meningkatkan hukuman terhadap mana-mana orang yang gagal mematuhi 'award' dibuat Tribunal Tuntutan Pengguna (Tribunal), diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat, hari ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata pindaan terhadap Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) berkenaan, secara tidak langsung akan memaksa peniaga bertindak lebih adil kepada pengguna.
Iklan
Iklan
"Mana-mana peniaga yang gagal selepas 14 hari untuk mematuhi sesuatu award yang dibuat oleh Tribunal melakukan satu kesalahan, apabila disabit boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-dua sekali,” katanya.
Beliau berkata peniaga yang enggan membayar jumlah award yang dikeluarkan Tribunal, boleh dikenakan penalti tambahan iaitu tidak kurang daripada RM100 dan tidak melebihi RM5,000 setiap hari.
Iklan
Tribunal yang ditubuhkan sejak 15 Nov 1999 berperanan menyediakan saluran alternatif kepada pengguna, untuk menuntut hak secara tebus rugi dan menyelesaikan pertikaian dengan cara lebih mudah.
Terdahulu, ketika membentangkan RUU itu bagi bacaan kali kedua, Chong berkata RUU itu juga bertujuan meningkatkan had nilai bidang kuasa Tribunal daripada RM25,000 kepada maksimum RM50,000.
Iklan
Beliau berkata peningkatan had nilai bidang kuasa itu perlu, bagi memastikan peranan serta fungsi Tribunal kekal relevan mendepani cabaran isu-isu pertikaian dan tuntutan kepenggunaan di negara ini.
Katanya pindaan terakhir terhadap Akta 599 dibuat 16 tahun lepas, untuk menaikkan had nilai bidang kuasa Tribunal daripada RM10,000 kepada RM25,000.
Sidang dewan bersambung esok. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>