Banjir di Melaka semakin pulih
Iklan
MELAKA - Keadaan banjir kilat pada hari kedua di Melaka semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,001 mangsa melibatkan 225 keluarga pada pukul 4.00 petang berbanding 1,117 mangsa daripada 250 keluarga pada tengah hari ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu PPS Balai Raya Tambun ditutup pada pukul 2.30 petang.
Iklan
Iklan
"Sementara itu, jumlah mangsa di dua buah PPS iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Krubong dan PPS Balai Raya Bukit Balai masing-masing mengalami penurunan iaitu 235 mangsa daripada 58 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan Krubong dan 34 mangsa daripada tujuh keluarga masih bertuduh di sana,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Effendy, yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka berkata, bilangan mangsa banjir di tiga PPS tidak berubah iaitu di PPS Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, PPS Balai Raya Kampung Beringin dan PPS Sungai Tuang.
Iklan
Iklan
Beliau berkata penambahan jumlah mangsa yang dipindahkan hanya berlaku di sebuah PPS iaitu PPS Taman Merdeka yang kini menerima 208 mangsa melibatkan 51 keluarga. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>