Jabatan Air Sabah serap 1,137 pekerja sambilan harian
Iklan
PAPAR - Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sudah menyerapkan 1,137 Pekerja Sambilan Harian di bawah jabatan itu berikutan keputusan kerajaan negeri mengambil alih 58 loji rawatan air dari enam syarikat penyelenggara loji itu tahun lepas.
Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony berkata 427 orang lagi belum diserapkan atas faktor kelulusan akademik kerana mereka perlu mengikuti kursus kemahiran sebelum diserapkan.