Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Iklan
Gambar hiasan
RINGGIT meneruskan kerugian pada minggu lepas untuk dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh jualan berterusan mata wang tempatan berikutan lebih banyak pelabur beralih kepada mata wang selamat, kata peniaga.
Pada jam 9.20 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1420/1460 berbanding dolar AS daripada 4.1340/1370 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Iklan
Iklan
Seorang peniaga berkata dolar AS kembali mendapat momentum selepas data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh pada Jun, mencadangkan Rizab Persekutuan AS tidak akan melaksanakan pengurangan kadar faedah secara agresif dalam waktu terdekat.
Ringgit, bagaimanapun didagangkan tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.
Iklan
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8158/8205 daripada 3.8267/8306 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6486/6547 daripada 4.6557/6607.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0445/0479 daripada 3.0460/0493 pada Jumaat, namun mata wang tempatan jatuh berbanding pound kepada 5.1891/1945 daripada 5.1882/1932.- Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>