Ahmad Yunus Pesuruhjaya Pas Selangor baharu

Iklan
Dr Ahmad Yunus Hairi

SHAH ALAM - Pas mengumumkan ADUN Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor baharu menggantikan Sallehen Mukhyi.

Ahmad Yunus dilantik pada Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang bersidang, semalam.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan media Pas Pusat, pelantikan pesuruhjaya Pas Negeri dan Wilayah Persekutuan bagi penggal 2019-2021 berkuat kuasa semalam.

Ahmad Yunus sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor 1 pada penggal lepas.

Iklan
Iklan