Lihat cadangan Tun M dari sudut positif: Khairy

Iklan
Khairy ketika berucap Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Barat di Bangunan UMNO Perak hari ini.

IPOH - Cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua parti politik Melayu bersatu perlu dilihat dari sudut positif, kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Beliau yakin pelawaan yang disampaikan Pengerusi Bersatu ketika berucap dalam satu majlis di Johor itu mempunyai niat yang baik untuk melihat perpaduan Melayu yang menjadi benteng kepada perpaduan negara secara keseluruhan.

Iklan
Iklan

"Ada yang terus mengeluarkan kenyataan kata tak mahu dan ada juga yang gesa beliau meminta maaf, kenapa tidak kita ambil positif dulu kerana bagi saya niatnya adalah betul sebagai seorang ayahanda dan ahli negarawan.

"Dalam ucapannya beliau menyatakan orang Melayu sekarang sudah berpecah yang mana mempunyai lebih empat dan enam parti...bermakna undi Melayu juga sudah berpecah," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Barat di Bangunan UMNO Perak hari ini.

Iklan
Khairy ketika hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Barat di Bangunan UMNO Perak hari ini.

Beliau berkata, sekiranya perpecahan terus berlaku, akhirnya parti-parti Melayu kehilangan suara dan kuasa.

"Apabila Tun Mahathir katakan kita perlu bersatu, bukan ertinya parti Melayu bersatu tetapi kita kena kembalikan perpaduan ummah yang jadi benteng keharmonian rakyat di negara ini.

Iklan

"Hari ini apabila Melayu berpecah kita nampak perpaduan itu renggang dan tidak lagi kemas, sebab itu saya sambut (baik) apa yang dikatakan beliau," katanya.

Khairy berkata, kenyataan Tun Mahathir itu secara tidak langsung membuktikan bahawa UMNO diyakini sebagai sebuah parti Melayu yang kuat.

"Kita kena buktikan kebangkitan UMNO untuk orang Melayu, apa nak jadi pada tawaran Tun Mahathir itu kita fikirkan kemudian kerana yang penting agenda kita bersama Pas kena diteruskan," katanya.