Dua lelaki Nigeria, wanita tempatan ditahan perdaya jururawat

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Dua lelaki warganegara Nigeria dan seorang wanita tempatan ditahan polis kerana disyaki memperdaya seorang jururawat melalui aktiviti 'parcel scam'.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, mereka ditahan Selasa lepas di sebuah kondominium di Cheras oleh polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju kira-kira 12.05 tengah malam susulan laporan polis yang dibuat mangsa berusia 22 tahun.

Iklan
Iklan

"Mangsa mendakwa kerugian RM1,550 setelah ditipu suspek yang menyamar sebagai doktor dari negara Eropah yang memintanya memasukkan sejumlah wang untuk mendapatkan hadiah yang dikirim suspek," katanya.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa telefon bimbit, sekeping kad ATM, satu kad SIM dan komputer riba yang dipercayai digunakan dalam aktiviti itu.

Iklan

Jelas Rajab Ahad, kumpulan itu menggunakan laman sosial dengan bertindak menyamar sebagai warganegara Eropah yang ingin menghantar hadiah sebagai tanda persahabatan.

Tambahnya, sebelum menerima hadiah, mangsa perlu membuat sejumlah bayaran kononnya sebagai caj kastam dan khidmat penghantaran.

Iklan

Beliau berkata, semua suspek direman sehingga Isnin bagi membantu siasatan. - Bernama