Wanita bersalin atas kerusi terminal bot
Iklan
- Foto Suara Sarawak
SARIKEI - Seorang wanita terpaksa bersalin di atas kerusi terminal bot ekspres di Jalan Whaft di sini, malam semalam.
Memetik laporan Suara Sarawak, ketika kejadian kira-kira jam 11.50 malam, wanita yang berusia 22 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Bukit Kinyau ke Hospital Sarikei dengan menaiki bot bersama suaminya untuk bersalin.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Bomba Sarikei, Mahmudin Naruddin berkata, bagaimanapun akibat kesuntukan masa untuk melahirkan bayi, pasangan suami isteri itu terpaksa singgah di Terminal II di Jalan Whaft memandangkan lokasi itu lebih dekat berbanding Terminal Satu.
"Bagaimanapun, mereka berdepan detik cemas apabila pagar utama terminal terbabit berkunci, namun sempat bertindak menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.
Iklan
"Susulan itu, seramai lapan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.56 malam.
"Sebaik tiba di situ, kami bertindak memotong mangga pagar terminal untuk menyelamatkan wanita terbabit. Operasi itu dijalankan dalam tempoh seminit.
Iklan
"Bagaimanapun ketika itu, wanita berkenaan sudah pun selamat melahirkan bayi lelaki di atas kerusi terminal sambil ditemani suaminya,” katanya.
Beliau memberitahu, wanita itu kemudiannya dihantar ke Hospital Sarikei untuk rawatan susulan oleh pasukan paramedik.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Sebut nama saya di Makkah, doakan saya jadi Muslim' -ADUN Pitas"><meta itemprop="description" content="'Sebut nama saya di Makkah, doakan saya jadi Muslim' -ADUN Pitas
Bertahun-tahun menitipkan doa kepada kenalan yang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah, agar hati dibukakan untuk menerima Islam, akhirnya doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah dimakbulkan apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.
Selepas lebih 10 tahun mencari pegangan hidup, Ruddy, 58, akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengambil keputusan memeluk agama itu bersama isteri Datin Seri Asiah Udin bersama anak bongsu mereka, Aswady, 26.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793183/edisi/sabah-sarawak/sebut-nama-saya-di-makkah-doakan-saya-jadi-muslim-adun-pitas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUNPitas #pelukIslam"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-23T10:14:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P224S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xazyf52"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xazyf52"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xazyf52"></script>